CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang
guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri
guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah
seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran &
pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Dalam meniti
abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran
hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen
yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.
Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
•
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
•
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem
Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and
Collaboration)
•
Literasi Maklumat (Information Literacy)
•
Literasi Media (Media Literacy)
•
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications
and Technology) Literacy)
•
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
•
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
•
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
•
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
•
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Partnership for 21st Century Skills (2007) menyatakan
antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:
- · Kemahiran berfikiran kritikal
- · Kemahiran menyelesaikan masalah
- · Kemahiran berkomunikasi
- · Kemahiran berkolaborasi
- · Kemahiran kehidupan dan kerjaya
- · Kemahiran belajar dan inovasi
- · Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi
- · Kemahiran menguasai subjek teras di sekolah
Antara ciri-ciri lain murid abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek
iaitu;
·
- Berupaya membuat hubung-kait
- · Bijak menyoal
- · Yakin berkomunikasi
- · Mengambil risiko
- · Dahagakan ilmu
- · Ingin tahu
- · Menjana idea
- · Fleksibel
- · Tidak berputus asa
- · Mendengar dan membuat refleksi
- · Berkemahiran kritis
- · Menguasai kemahiran literasi
- · Berani mencuba
- · Mampu berfikir sendiri
- · Membuat inisiatif
- · Mampu bekerja dengan orang lain
- · Membuat perubahan
- · Berintegriti
- · Berkeperibadian tinggi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan