AHLAN wa SAHLAN. WELCOME. SELAMAT DATANG.

Jumaat, 15 Mei 2015

SELAMAT HARI GURU 2015 TERIMA KASIH, CIKGU!



GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Rabu, 22 April 2015

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21



CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;

• menguasai subjek (kandungan kurikulum)

• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

• memiliki kemahiran kaunseling

• menggunakan teknologi terkini

           Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

• Literasi Maklumat (Information Literacy)

• Literasi Media (Media Literacy)

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,

Communications and Technology) Literacy)

• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and

Adaptability)

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)


Partnership for 21st Century Skills (2007) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:

  • ·         Kemahiran berfikiran kritikal

  • ·         Kemahiran menyelesaikan masalah

  • ·         Kemahiran berkomunikasi

  • ·         Kemahiran berkolaborasi

  • ·         Kemahiran kehidupan dan kerjaya

  • ·         Kemahiran belajar dan inovasi

  • ·         Kemahiran  dalam  media,  teknologi  maklumat  dan komunikasi

  • ·         Kemahiran menguasai subjek teras di sekolah
      Antara ciri-ciri lain murid abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;

·        
  •  Berupaya membuat hubung-kait
  • ·         Bijak menyoal

  • ·         Yakin berkomunikasi

  • ·         Mengambil risiko

  • ·         Dahagakan ilmu

  • ·         Ingin tahu

  • ·         Menjana idea

  • ·         Fleksibel

  • ·         Tidak berputus asa

  • ·         Mendengar dan membuat refleksi

  • ·         Berkemahiran kritis

  • ·         Menguasai kemahiran literasi

  • ·         Berani mencuba

  • ·         Mampu berfikir sendiri

  • ·         Membuat inisiatif

  • ·         Mampu bekerja dengan orang lain

  • ·         Membuat perubahan

  • ·         Berintegriti

  • ·         Berkeperibadian tinggi

Ahad, 19 April 2015

Langkah pertama...

Pembelajaran sepanjang hayat. Tidak kira di mana, bagaimana, kenapa; selagi kita mampu dan berkehendak, maka teruskanlah langkah pertama yang telah kita mulakan.
 
Sekadar Perkongsian. Video Sumber Youtube.